AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Kemahiran : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
Aktiviti 1 : Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.
(a) Dengan Unit Bukan Piawai
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar :
Paparan video, bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air, botol, jag.
Langkah-langkah :
Set Induksi - Menayangkan tayangan video tentang isipadu, guru menyoal murid tettang tayangan video. Murid menyatakan peralatan lain untuk menyukat isipadu dan menamakan bekas-bekas berkenaan.2. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3. Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
5. Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.
Jadual 1: Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai
Jadual 2 : Mengukur Isipadu Cecair dengan unit piawai / standard.
Contoh lembaran kerja:
Bulatkan bekas yang mengandungi banyak air dengan warna merah dan bekas yang mengandungi sedikit air dengan warna biru.
(b) Menggunakan unit piawai
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.
Bahan bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, sebaldi air, selinder penyukat, lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Set induksi – murid diperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan. Dan alat yang boleh di baca dengan tepat.2. Tayangan video cara-cara menyukat isipadu.
3. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai seramai 5 orang murid.
4. Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
5. Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selidner penyukat dalam unit l.
6. Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
7. Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan selinder.
8. Seorang ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan yang diperolehi.
9. Guru bimbing murid sambil memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair , liter ( l )Jadual 2 : Mengukur Isipadu Cecair dengan unit piawai / standard.
Contoh Lembaran Kerja
Tuliskan bacaan pada selinder penyukat berikut ;Kemahiran : Membuat perbandingan isipadu cecair dengan unit piawai
Aktiviti 2 : Pengayaan
Hasil pembelajaran :
Diakhir pembelajaran murid boleh membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai
Bahan Bantu Mengajar :
1. Satu set papan roda impian (spinning board), kad nombor, kad gambar, bekas ajaib ( seperti kotak tisu, bekas kuih, dan sebagainya)
2. Lembaran kerja, papan permainan (game board)Langkah-langkah :
Murid-murid dibahagikan kepada 4.
1. Murid dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan.
2. Ada 4 warna diatas papan yang merujuk kepada 5 warna bekas ajaib
3. Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan membuat putaran mengikut giliran.
4. Apabila putaran berkenaan berhenti pada warna yang ditunjukkan, ahli kumpulan
berkenaan akan mengambil satu kad nombor dari bekas ajaib dan membaca isipadu cecair yang tertera pada kelas.
5. Jika papan putaran tersebut berhenti pada warna putih, murid / kumpulan berkenaan
akan hilang markah dan giliran satu pusingan dan kumpulan lain pula akan membuat putaran.
6. Markah dicatatkan berdasarkan bacaan isipadu cecair yang tertera pada kad nombor.7. Permainan tamat pada pusingan kelima
8. Kumpulan yang mengumpal markah tertinggi diisytiharkan pemenang.
No comments:
Post a Comment