Tuesday, November 23, 2010

Pengenalan

Menurut Murugiah s/o Velayutham dan Kao Thuan Keat (2010), mengukur adalah suatu proses di mana nombor ditugaskan ke sifat dari suatu objek atau peristiwa. Salah satu sifat mengukut dalam Tahun 2 Matematik KBSR adalah pengukuran isipadu cecair. Suatu pembangunan konsep yang sistematik memang akan membantu murid anda mempelajari topik pada pengukuran isipadu cecair dengan lebih berkesan.

Mengenalpasti ciri isipadu cecair (6 langkah dalam perkembangan bagi isipadu cecair)
  • perbandingan terus mengenai isipadu cecair
  • tidak langsung perbandingan isipadu cecair melalui rujukan
  • mengenalpasti alat yang tidak standard untuk mengukur isipadu cecair
  • mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat pengukur yang tidak standard
  • memperkenalkan alat mengukur yang standard untuk isipadu cecair
  • mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat mengukur yang standard.

Cecair adalah salah satu daripada empat fasa jirim utama. Ia berbentuk bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah keadaan suhu dan tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil. Permukaan cecair berkelakuan seperti membran kenyal yang mempunyai tegangan permukaan, yang membenarkan pembentukan titisan dan buih. Begitu juga kekapilarian.


Cecair biasanya tahan tekanan; ketumpatan air contohnya, tidak akan berubah melainkan dikenakan tekanan gigapascal. Cecair memberi tekanan kepada dinding sebuah bekas sama seperti kepada apa yang ada di dalam cecair itu sendiri. Tekanan ini dipindah tanpa sebarang pengurangan ke semua arah dan bertambah dengan pertambahan kedalaman.

JIka sebuah cecair berkeadaaan pegun dalam sebuah medan graviti sekata, tekanan \ ppada mana-mana titik diberi oleh

\ p=\rho g z
di mana:

  • \ \rho = ketumpatan cecair (dianggap malar)
  • \ g = graviti
  • \ z = kedalaman titik di bawah permukaan.
Perhatikan bahawa formula ini menganggap bahawa tekanan di permukaan air adalah sifar, dan kesan tegangan permukaan diabaikan.

Isipadu cecair biasanya bertambah apabila dipanaskan dan berkurang apabila disejukkan. Objek yang diletakkan dalam cecair boleh mengalami fenomena keapungan. Ini kerana daya tarikan cecair adalah sederhana berbanding pepejal dan gas manakala kandungan tenaganya juga sederhana tinggi.


Zarah-zarah yang terdapat dalam cecair tidak tersusun dengan teratur. Susunan zarahnya kurang rapat tetapi masih bersentuhan. Oleh itu, didapati lebih banyak ruang kosong wujud di antara zarah jika dibandingkan dengan pepejal. Di sini, zarah-zarah adalah bebas bergerak, kelompok-kelompok zarah boleh menggelonsor atas satu sama lain tetapi dalam kawasan tertentu sahaja.

Zarah-zarah mempunyai tiga jenis pergerakan iaitu:

Cecair akan bertukar menjadi gas apabila mencapai takat didihnya, dan menjadi pepejal apabila mencapai takat leburnya. Cecair akan tersejat menjadi gas walaupun di bawah takat didih. Penyejatan ini akan berlaku sehinggalah kepekatan wap cecair tersebut mencapai keseimbangan dengan tekanan separa gas. Oleh itu, tiada cecair boleh kekal di hampagas.


Komponen cecair dalam satu campuran biasanya boleh dipisahkan menggunakan penyulingan berperingkat.

Aktiviti

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Kemahiran     :  Mengukur  dan Membandingkan  Isipadu Cecair
Aktiviti 1         :  Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.

(a) Dengan Unit Bukan Piawai
Hasil Pembelajaran   :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar   :
Paparan video, bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air, botol, jag.
Langkah-langkah      :
Set Induksi  - Menayangkan tayangan video tentang isipadu,  guru menyoal murid tettang tayangan video. Murid menyatakan peralatan lain untuk menyukat isipadu dan menamakan bekas-bekas berkenaan.




2. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3.  Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
5.  Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.

Jadual 1:  Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai
Contoh lembaran kerja:
Bulatkan bekas yang mengandungi banyak air  dengan warna merah dan bekas yang mengandungi sedikit air dengan warna biru. 


(b) Menggunakan unit piawai

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.
Bahan bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, sebaldi air, selinder penyukat, lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Set induksi – murid diperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan. Dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
2. Tayangan video cara-cara menyukat isipadu.
3. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai seramai 5                         orang murid.
4.  Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
5. Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selidner  penyukat dalam unit l.
6. Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
 7. Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan selinder.
8.  Seorang ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan yang diperolehi.
9. Guru bimbing murid sambil memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair , liter ( l )

Jadual 2 :    Mengukur Isipadu Cecair dengan unit piawai / standard.
Contoh Lembaran Kerja
Tuliskan bacaan pada selinder penyukat berikut ;
 
Kemahiran :  Membuat perbandingan isipadu cecair dengan unit piawai


Aktiviti  2 : Pengayaan

Hasil pembelajaran :

Diakhir pembelajaran murid boleh membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai
Bahan Bantu Mengajar :
1. Satu set papan roda impian (spinning board), kad nombor, kad gambar, bekas ajaib ( seperti kotak tisu, bekas kuih, dan sebagainya)
2. Lembaran kerja, papan permainan (game board)
 
Langkah-langkah :
Murid-murid dibahagikan kepada 4.
1.  Murid dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan.
2.  Ada 4 warna diatas papan yang merujuk kepada 5 warna bekas ajaib
3. Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan membuat putaran mengikut giliran.
4. Apabila putaran berkenaan berhenti pada warna yang ditunjukkan, ahli kumpulan
berkenaan akan mengambil satu kad nombor dari bekas ajaib dan membaca isipadu  cecair yang tertera pada kelas.
5. Jika papan putaran tersebut berhenti pada warna putih, murid / kumpulan berkenaan
    akan hilang markah dan giliran satu pusingan dan kumpulan lain pula akan membuat  putaran.
6. Markah dicatatkan berdasarkan bacaan isipadu cecair yang tertera pada kad nombor.
7. Permainan tamat pada pusingan kelima
8. Kumpulan yang mengumpal markah tertinggi diisytiharkan pemenang.
 

Video Untuk Pengajaran



Alatan untuk sukatan cecair




Monday, November 22, 2010

Rujukan

Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat (2010), HBMT2103
Teaching Mathematics in Year Two. Meteor Doc. Sdn. Bhd,
Selangor Darul Ehsan.

Piaget-Stage 3-Concrete-Reversibility diperolehi daripada
http://www.youtube.com/watch?v=gA04ew6Oi9M&feature=related
pada 20 November 2010.

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Tengah (2003),
Matehamtics Year 2 Text Book Part 2. Hypersurf Corporation Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Tengah (2003),
Matehamtics Year 2 Activity Book Part 2. Hypersurf Corporation
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Curiculum Development Centre (2004), Mathematics Year 2 Teaching
Courseware Unit 6-7 Lessons 95-110, Ministry Of Education
Malaysia.

Penutup

Kesimpulannya, dengan bantuan alat atau bahan bantu mengajar (BBM) serta aktiviti yang bersesuaian dengan aras pencapaian murid khususnya yang lemah akan dapat memperbetulkan tanggapan oleh ramai di kalangan murid bahawa bekas atau bahan yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai kapasiti (isipadu cecair) yang banyak.
           Di samping itu, guru juga haruslah mengambil kira aspek pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih menarik. Aktiviti yang berpusatkan murid dan bahan juga adalah amat digalakkan dalam membentuk pengalaman yang bermakna dalam diri murid seterusnya dapat membentuk nilai kerjasama terutamanya dalam melakukan aktiviti yang melibatkan kerjasama antara ahli dalam kumpulan.